Saturday, February 12, 2011

Hosni Mubarak resigns as president

Hosni Mubarak resigns as president - Middle East - Al Jazeera English <- klik untuk artikel penuh

Akhirnye org tua ni turun juge takhta
Bagi saya, kisah suara rakyat bersatu padu menjatuhkan kuasa besar ni sgt menarik
Siapa sangka,org2 kebanyakan, golongan tiada pangkat, kuasa atau harta mampu menjatuhkan kerajaan?
Siapa sangka suara rakyat mampu merubah sejarah dlm masa 18 hari?

Saya tak kaji dalam sgt ttg krisis politik mereka,
tapi yg saya faham,
rusuhan ni terjadi sbb rakyat dah lama tak puas hati dgn kerajaan
yg mana presiden mereka Hosni Mubarak tu byk buat pendekatan yg ala2 byk bagi muka kat Amerika (psl subsidi dan sebagainya)
Juga bile jadi perkara2 spt bantuan yg cuba dihulurkan kepada saudara mereka di Palestin disekat oleh kerajaan Mesir sndiri
Kalo dikaji, byk lg faktor2 lain yg menyebabkan terjadinya rusuhan
Selama pemerintahan Hosni Mubarak yg 30 tahun tu, generasi lama sudah lama rasa tak puas hati ttp tak berani buat ape2 (dah penah ade kes pembangkang2 kena bunuh dan sebagainya)
Namun generasi muda Mesir tampil berani menentang habis2an, yg mana generasi lama, bile lihat keberanian dak2 ni, turut sama menyertai rusuhan
dn bukan saja org2 biasa, askar2 Mesir yg pada awalnya menentang perusuh, pun bertukar pakaian dn turut sama menentang kerajaan, menunjukkan dlm kerajaan itu sendiri pun dah lama timbul ketidakpuasan dgn rejim pemerintah
Saya rasa kagum dgn semangat derang2 ni, sbb bermati2an membuat perubahan dn perjuang keadilan
Dn usaha mereka berhasil

Cuma, di sebalik niat baik generasi muda pembangkang, ramai pulak org2 yg ambil kesempatan berbuat jahat pada waktu2 genting sebegini
Itu yg dtgnye kerisauan untuk pelajar2 dn rakyat kita di sana, sbb byk terjadi pecah rumah, tembak menembak, rompak merompak dan sebagainya
Alhamdulillah, adik saya dah selamat sampai rumah isnin lepas, apepun saya lega (klik ->sini untuk cerita beliau)
Tapi salute saya juga untuk perusuh2 murni di sana, moga mereka dpt pemerintah yg lebih baik seperti yg diinginkan

Sedikit sarcasm, dr petikan artikel di atas tu
Anger at state television
At the state television building earlier in the day, thousands had blocked people from entering or leaving, accusing the broadcaster of supporting the current government and of not truthfully reporting on the protests.

Saya rasa familiar sgt dgn sikap media yg bias dn tidak adil dlm memberi laporan. Kan?

2 comments:

yes?